I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 2 October 2012

Pergi haji Atau umrah tanpa mahram..bolehkah??

Dah lama niat nak tulis pasal perkara ini, tapi bertangguh-tangguh sehingga lupa, hasil perbincangan ringkas dengan guru kami Ust Akli Bin Ahmad, hukum perempuan yang pergi haji dan umrah tanpa ditemani mahram       adalah 'HARAM', di ulangi 'HARAM!!' Kalau pergi juga? haji atau umrahnya masih sah tapi perbuatan itu haram, sama macam solat pakai seluar LEVIS 501 curi lah..hahaha...

Beberapa tahun lepas, ketika itu aku masih belum sampai Mesir pun lg, adelah sahabat2 cerita, masalah ini hangat diperdebat oleh ilmuan2 kita yang berada di Mesir ni, tak perlu sebut siapa dan siapa, harus atau haram musafir seorang perempuan ke tanah suci Makkah untuk melaksanakan umrah dan haji. Biasalah, dalam bab ini, perbahasannya akan berkisar tentang keharusan 'musafir perempuan tanpa ditemani mahram'. Pihak yang berpendapat ianya harus berdalil dengan harusnya seorang perempuan bermusafir dengan jemaah perempuan atau lelaki yang dipercayai dan perjalanan mereka itu selamat dari fitnah dll. Perkara ini kami pun setuju, takde masalah..

So..kenapa kata haram juga?? kami merasakan mereka ini terlepas pandang tentang 'PENIPUAN' yang dilakukan oleh seseorang perempuan yang tiada mahram, undang-undang Saudi menggariskan bahawa perempuan yang berumur bawah 45 tahun mesti datang bersama mahram, jadi jika perempuan yang nak masuk ke Saudi melakukan haji atau umrah yang tiada mahram perlu MENIPU MAHRAM dengan cara berlakon menjadi mahram mana-mana anggota jemaah lelaki yang ada, cerita  yang sampai kepada kami terkadang mereka  berpegang tangan kerana nak meyakinkan pihak Arab Saudi bahawa mereka itu mahram.

Jadi, pointnya ialah 'PENIPUAN' itu termasuk di dalam 'PENIPUAN YANG TIDAK DIBENARKAN ISLAM', jadi kalau mati berdosakah kerana tidak pergi haji setelah ada kemampuan?? tidak berdosa kerana kita dikira tidak mampu untuk berbuat haji kerana sekatan undang-undang Arab Saudi, kerana undang-undang sesebuah negara itu di iktiraf oleh Islam juga jika ianya mempunyai maslahah, jadi jika pergi bimbang haji atau umrahnya sia-sia tanpa pahala...

Jadi, kalau nak pergi juga bagaimana?? ade beberapa option:

1.Tunggu sehingga umur 45 tahun..
2. Menikah dulu sebelum pergi..hehehe..
3. Minta Saudi benarkan masuk tanpa mahram..

hehehehehehehe.....

Wallahu a'lam.....


Monday, 10 September 2012

Islam tanpa Muslim


Di Jepun, aku menaiki teksi menuju ke kedutaan Saudi utk majlis makan malam, disebabkan pemandu tersebut tidak boleh berbahasa inggeris, maka aku berikan peta kepadanya, kemudian dia menghidupkan meter lalu kami berangkat..

Kemudian aku da
pati dia telah tersesat, maka dia mula melihat kembali kepada peta tersebut, kemudian dia telah membuat suatu perkara yang mengkagumkan yang tidak aku sangkakan, ketika dia mendapati dirinya telah tersesat dan dia akan mengambil waktu yang lebih lama daripada yang diperlukan (utk sampai ke destinasi), dia telah mematikan meter supaya tidak mencapai jumlah yang melebihi dari yang sepatutnya (inilah amanah)

maka, cuba bandingkan perbuatan ini dengan mana-mana negara Islam, pemandu yang mendapati bahawa anda orang asing maka dinaikkan harga tambang...
Inilah yang dikatakan Islam tanpa Muslim...


Sunday, 9 September 2012

Mengurus bias atau kecenderungan

Dari pemerhatian aku, manusia ni, sape2 shj, akan ada sifat kecenderungan @ bias terhadap mempertahankan sesuatu kelompok,samada berbentuk jemaah, persatuan, parti (namakanlah apa2 shj jenis kelompok itu), apabila dia menjadi sebahagian dari kelompok tersebut secara samada secara langsung atau tidak..

Disebabkan sifat ini perkara dalaman yang bukan dibuat-buat, maka manusia tak boleh nak mengelak

 daripadanya wujudnya bias ini, seperti jg perasaan kasih sayang yg ada dalam diri manusia, kalau dah tak sayang, tak kan boleh nak buat2 sayang..

Contohnya dalam bidang politik, ahli atau penyokong PAS tentu akan cenderung menerima pandangan dan akan mempertahankan PAS bila diserang, begitu juga UMNO dan yang lain2..

Sesiapa yang bermazhab Syafie, tentu cenderung untuk mengguna pakai pendapat Imam2 dalam Mazhab Syafie sbagai panduan utk beramal, bgitu jg mereka yg bermazhab dgn lain2 mazhab..

Persoalannya ialah, bagaimana kita menguruskan kecenderungan @ bias kita ini, supaya ia tidak menjerumuskan diri kita ke dalam gejala taksub yang berat, sehingga mudah kita menyesatkan dan mencaci maki mereka yang tak sependapat dengan kita, dan kita mengganggap kelompok kita ini suci dari kesalahan dan tidak langsung boleh ditegur, jadi apa yang perlu ialah apabila kita mengikut sesuatu kelompok tertentu, pastikan kita punya ilmu
dalam mengikutnya, tahu mengapa dan kenapa, barulah kuat hujjah kita dalam meyakinkan diri dan untuk berhadapan dengan yang tidak sependapat..

Monday, 3 September 2012

Soal jawab ringkas berkaitan hudud di Malaysia part 4



Kerajaan telah melaksanakan takzir, adakah tidak mencukupi?

Hudud wajib dilaksanakan oleh orang Islam yang mempunyai kuasa memerintah, kewajipannya sama seperti kewajipan solat, puasa dan sebagainya. Cuma, kewajipan untuk melaksanakan hudud hanya diletakkan ke atas kerajaan bukan ke atas individu seperti solat dan puasa. Jadi sebagai seorang muslim, kita berkewajipan untuk berusaha agar hudud dilaksanakan oleh pihak kerajaaan. Islam menuntut agar penganutnya mengamalkan Islam secara keseluruhan samada di dalam bidang ibadah, munakahat(pernikahan), muamalat dan juga jinayat. Dan sudah tentu kita tidak menerima jika seseorang muslim menjalankan urusan pernikahan menurut agama lain, begitu juga didalam urusan undang-undang jenayah.

Apakah hukum tidak melaksanakan hukum hudud?

Terdapat tiga kategori iaitu:
Kafir atau terkeluar daripada Islam – apabila mengengkari kewajipan hukum hudud, memperlekeh atau menghina hukum hudud.
Munafiq –  apabila berdolak dalik di dalam perlaksanaan hudud.
Zalim – apabila menghukum tidak berpandukan hukum hudud yang diwajibkan Allah.

Adakah hukuman hudud boleh dimaafkan?

Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh pemerintah apabila telah sabit kesalahan, kerana hudud dikategorikan sebagai hak Allah dan untuk kemaslahatan rakyat umum,  maka pihak kerajaan atau hakim tidak boleh memaafkan dengan membatal atau meringankan hukuman tersebut. Berbeza dengan hukum qisas yang mana merupakan hak seorang manusia dengan manusia yang lain.

Memperbaiki keruntuhan akidah lebih penting daripada hukum hudud

Keruntuhan akidah sebahagiannya disebabkan tiada undang-undang yang berkesan untuk mengawal dan mencegah manusia dari melakukan perkara dosa. Membaiki keruntuhan akidah sebahagiannya ialah dengan cara melaksanakan hudud. Menanti kewujudan sebuah masyarakat yang soleh baru sesuai untuk melaksanakannya bagai pungguk rindukan bulan.

Soal jawab ringkas berkaitan hudud di Malaysia part 3



Hukum hudud tidak penting, yang penting ialah keadilan.

Keadilan ialah sesuatu yang subjektif. Mungkin ia kelihatan adil pada hari ini, tetapi esok dianggap sebagai zalim. Bagi menjadikannya lebih selaras, ukuran keadilan itu terletak pada syariat Islam. Kalau dakwaan itu betul, maka, hukum penjara sudah cukup bagi pencuri, kerana ramai menganggapnya sebagai adil. Jadi adil ataupun tidak diukur melalui ukuran wahyu bukan akal.

Keadaan sekarang tidak kondusif untuk melaksanakan hudud?

Perlu dibezakan antara akta dan pelaksanaan (menjatuhkan hukuman). Hudud perlu digubal sebagai akta dan nanti pelaksanaannya boleh ditangguhkan sehingga keadaan kondusif. Apa yang penting, hudud terlebih dahulu perlu dijadikan akta. Untuk dilaksanakan, barulah melihat kepada kondusif keadaan.

Apakah sabitan menggunakan teknologi terkini dibenarkan?

Seperti yang kita katakan, Hudud mempunyai syarat-syarat tertentu yang ketat untuk dilaksanakan, jika tidak memenuhi syarat-syarat tersebut maka hukuman hudud tidak akan dilaksanakan, akan tetapi hukuman akan dijatuhkan di bawah peruntukan takzir. Jadi, walaupun hudud tidak boleh disabitkan menggunakan teknologi terkini, bukan bermaksud pesalah akan terlepas hukuman, dia akan dihakimi di bawah Takzir.

Sesuaikah hudud dijadikan akta dan dilaksanakan di Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum dan agama?

Hudud ialah hukuman ke atas kesalahan jenayah, tiada siapa yang meredhai perbuatan jenayah berlaku ke atas mereka. Jadi tiada apa yang perlu ditakuti oleh rakyat samada muslim atau non muslim. Tambahan pula, hudud juga bertindak mencegah jenayah daripada berlaku dengan meletakkan kegerunan di dalam hati manusia terhadap hukuman berat yang dijatuhkan terhadap jenayah tersebut. Maka ia dilihat lebih efektif berbanding undang-undang yang sedia ada pada hari ini.

Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan hukum hudud?

Hudud adalah tanggungjawab kerajaan. Rakyat biasa tidak sewajarnya mengambil tindakan sendiri melaksanakan tanggungjawab ini kerana ia membawa mudarat yang besar. 

Soal jawab ringkas berkaitan hudud di Malaysia part 2



Apakah hikmah dari hukum Hudud
Hikmahnya ialah melahirkan kegerunan dari melakukan dosa dan jenayah. Gerak hati untuk melakukan perkara jahat ini terletak pada hati manusia, tetapi apabila Allah mencampakkan rasa kegerunan itu, mereka tidak jadi melakukan dosa dan maksiat. 

Adakah non-Muslim juga tertakluk dibawah undang-undang hudud?

Pemerintah boleh mengecualikan non-Muslim dari hudud dan mereka boleh untuk memilih undang-undang konvensional untuk mengadili mereka. Walaubagaimanapun, kefahaman perlu diberikan kepada dari masa ke semasa tentang hudud sehingga mereka lihat kebaikan yang wujud pada undang-undang jenayah Islam.Sekiranya majoriti mereka bersetuju, maka satu set undang-undang sahaja boleh diamalkan. Tetapi perkara ini tertakluk kepada kebijaksanaan pemerintah samada non-Muslim perlu diletakkan dibawah hudud atau tidak.

Benarkah hukum hudud zalim?

Hudud memang kelihatan zalim kerana pelaksanaannya disengajakan untuk ditonton oleh orang ramai. Oleh kerana fokus kepada undang-undang ini ialah pencegahan, maka untuk melaksanakannya memerlukan kepada syarat yang ketat. Orang yang melakukan kesalahan hudud itu memang orang sangat jahat yang sengaja untuk melanggar undang-undang. Kalau tidak, mengapa dengan syarat yang begitu ketat itu pun dia masih boleh terkena dengan hukuman itu.

Didalam Kes zina sebagai contoh, orang yang dikenakan hukuman 100 sebatan itu sudah tentu orang ang sangat jahat kerana dia berani berzina secara terang-terangan. Kerana di dalam pensabitan kes zina, perbuatan zina itu perlu disaksikan oleh 4 orang , bermakna penzinaan itu memang berlaku secara terang-terangan.

Adakah orang yang dikenakan hukuman hudud, akan dikenakan lagi azab di akhirat?

Tidak, seseorang yang dikenakan hudud tidak lagi dikenakan hukuman di akhirat. Inilah di antara keistimewaan hudud berbanding undang-undang konvensional.

Enakmen jenayah syariah Kelantan dan Terengganu kelihatan banyak percanggahan dan kelemahan?

Kelemahan dan percanggahan itu memang ada, tetapi ia tidak boleh menjadi alasan untuk tidak menerimanya sebagai asas dan diletakkan sebagai akta. Pelaksanaan ini akan memberikan peluang untuk menambahbaik segala kekurangan yang ada dari masa ke semasa. Ketika Bank Islam ingin diperkenalkan di Malaysia, sangat banyak cemuhan, kritikan, sinis dan sebagainya. Tetapi selepas akta disetup pada 1984, perbankan Islam terus berkembang sehingga sekarang. Malah, ramai non-Muslim menggunakannya dan produk mereka lebih kompetetif berbanding dengan Bank Islam.

Soal Jawab ringkas berkaitan hudud di Malaysia Part 1



Apakah itu hudud? 

Hukum fiqh terbahagi kepada empat iaitu yang berkaitan dengan ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Hukum yang berkaitan dengan jinayat terbahagi kepada 3 iaitu hudud, qisas dan takzir.

Apakah perbezaan antara hudud, qisas dan takzir?  

Hudud merupakan hukuman yang ditetapkan Allah keatas 6 kesalahan yang telah ditetapkan bagi menjaga kemaslahatan manusia dan merealisasikan keadilan.
Qisas ialah hukuman balas terhadap jenayah yang dilakukan terhadap seseorang seperti bunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka dan sebagainya.
Takzir ialah hukuman selain dari hudud dan qisas yang boleh ditentukan oleh kerajaan yang bertujuan menjaga kemaslahatan rakyat dan merealisasikan keadilan seperti peraturan jalanraya dan lain-lain.

Apakah matlamat dari Hudud

Untuk menjaga 6 matlamat perundangan Islam
Menjaga agama – menerusi hukum murtad - Islam tidak dijadikan bahan mainan.
Menjaga nyawa –menerusi hukum qisas
Menjaga akal– menerusi hukum  minum arak – yang menyebabkanrosaknyaakal
Menjaga harta – menerusi hukum mencuri dan merompak – supaya manusia tidak mencerobohi dan merampas hak orang lain
Menjaga keturunan – menerusi hukum zina – supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak terjaga.
Menjaga maruah – menerusi hukum tuduh berzina – supaya tidak sewenang menjatuhkan maruah orang lain.

Apakah keutamaan antara hudud, qisas dan takzir?

Hukum hudud dan qisas menyediakan kerangka undang-undang yang boleh mengawal jenayah. Justeru, keutamaan hukuman ialah hukuman hudud. Namun, jika tidak mencukupi syarat atau tidak meliputi perkara yang dikenakan hukuman hudud ataupun dalam kes qisas, jika terdapat keraguan dan tidak memenuhi syarat untuk dijatuhkan hukuman qisas, maka ia akan dikenakan hukuman Ta’zir mengikut ketentuan Hakim.

Apakah kesalahan yang termasuk di dalam Hudud?

Tukar agama – Bunuh
Zina – Sebat 100 kali (bujang) dan rejam (berkahwin)
Menuduh zina - Sebat 80 kali
Mencuri – Potong tangan
Merompak – Bunuh dan salib
Minum arak - Sebat 40-80 kali